Kedai kopi tiada kerusi di Munich
Location : Munich, Germany
Norliza Abdullah
Source :Berita Minggu,7 August 2011
KOTA purba dengan sentuhan semasa, itulah Munich atau disebut rakyat tempatan, München. Kota asal BMW dan kelab bola sepak terkenal dunia, Bayern Munich ini dianggap antara terbersih dan tercantik di dunia.
MUNICH atau Munchen - sebenarnya kedua-dua sebutan itu sama saja, merujuk kota terkenal di Jerman yang menjadi antara kosmopolitan paling bersih dan cantik di dunia pernah penulis lawati, berbaloi walaupun letih menaiki penerbangan 14 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Penulis dibawa ke sana oleh Kaspersky Lab, syarikat penyedia perisian anti-virus berpejabat di Moscow, Russia sempena persidangan pelajar antarabangsa di Technical University of Munchen, baru-baru ini. Munich adalah bandar purba yang dibaik pulih dengan rekaan serta sentuhan kontemporari.
Bangunannya paling tinggi pun enam tingkat, bagi memastikan tiada satu pun premis di kota ini melebihi ketinggian gereja tertua Gereja St Peters. Walaupun berstatus negara maju, masyarakatnya tetap teguh kepada prinsip, tidak pentingkan keuntungan hingga menghapuskan nilai estetika seni bina sejak berzaman.
Berada dalam suasana konvensional, tidak menghalang penduduk menghidupkan bandar lama itu dengan pelbagai aktiviti yang secara tidak langsung menarik kemasukan pelancong. Usaha bermula dengan inisiatif memperindahkan sekitar bandar dengan memberi sentuhan baru kepada pasar awam harian tertua iaitu Viktralienmarkt.
Nama itu diambil daripada perkataan Latin, Victualia bermaksud groseri atau barangan keperluan harian. Aktiviti ekonomi di situ menceriakan kehidupan masyarakat tempatan dan menjadi tumpuan utama pelancong. Lokasinya strategik dan mudah dikunjungi dengan kereta api, tram atau bas ke Stesen S Bahn menuju U3 atau U6 sebelum ke Marienplatz.
Pasar yang beroperasi seawal 1807 ini asalnya tempat pengumpulan barangan hasil pertanian masyarakat setempat antaranya buahbuahan, sayur, susu dan keju, tangkapan laut, kraftangan serta bunga. Perniagaan bermula jam 8 pagi hingga 6 petang itu memberi peluang pelancong melihat sendiri cara hidup masyarakat setempat.
Penulis sempat singgah di kedai kopi dan sudut menjual roti serta pastri, hasrat hati mahu duduk dan melepaskan lelah seketika, namun tiada pula kerusi disediakan. Rupa-rupanya pelanggan akan membeli apa yang dihajati dan terus dibawa pulang. Begitu juga dengan kedai kopi, walaupun meja disediakan tetapi tiada kerusi.
Mungkin pelik, tetapi itulah hakikatnya. Pelanggan memesan secawan kopi, diminum secara berdiri di sebelah meja kecil. Tempoh masa diambil sekitar lima hingga 10 minit untuk menghabiskan secawan kopi. Cara ini tidak menggalakkan pelanggan berada lama di premis, mungkin sesuai juga dilaksanakan di Malaysia bagi mengatasi aktiviti lepak.
Peliknya masyarakat di negara maju begitu mementingkan masa, hanya beli apa yang mahu dan terus dibungkus sama ada untuk dimakan di pejabat sebagai sarapan mahupun bekalan tengah hari tanpa perlu duduk di gerai yang pasti akan mengambil masa.
Bersiar-siar sekitar bandar ini membawa penulis kepada penemuan yang tidak disangka-sangka. Rupa-rupanya di kota yang jauhnya beribu-ribu kilometer dari negara kita, boleh lagi menemui buah-buahan tropika. Hati begitu teruja melihat longgokan kecil durian, rambutan, salak, kundang dan limau madu di sudut gerai buah-buahan tropika.
Walaupun jumlah masyarakat Asia di sini terlalu kecil, buah-buahan ini ada pasarannya walaupun harga sekilo durian dan rambutan mencecah 19.90 euro atau RM85.57 sekilogram jika mengambil kira nilai tukaran mata wang semasa.
Teruskan perjalanan ke tempat menarik sekitar Munich, selain stadium terkemuka The Allianz Arena, tempat di mana pemain kelab bola sepak terkenal dunia, Bayern Munich beraksi yang terletak di utara kota. Pastinya kunjungan ke Munich tidak lengkap tanpa melawat Muzium BMW yang diasaskan pada 1913.
BMW memulakan operasi pada 1917 dengan pengeluaran enjin kapal terbang sebelum enjin motosikal pada 1928, seterusnya kereta. Terdahulu penulis melawat Schloss Palace, Nymphenburg, menyaksikan keindahan binaan bercirikan sistem beraja zaman pemerintahan Bavaria.
Penat berjalan, rehat sebentar menghirup udara segar di English Garden, taman terbesar di Munich yang menjadi lokasi pilihan penduduk setempat beriadah terutama pada musim panas. Jangan lupa juga singgah di kaki menara Olympic Tower setinggi 290 meter.
Struktur di Taman Olimpik Munich ini yang dirasmikan pada 1968, turut menyediakan restoran berputar pada ketinggian 180 meter, membolehkan pengunjung menyaksikan keindahan bandar raya secara pusingan selama 53 minit sekali putaran.
INFO
Kongsi pengalaman anda melancong ke luar negara dengan menghantar rencana dan gambar kebminggu@bharian.com.my atau ke alamat Berita Minggu, 31, Jalan Riong, 59100, Bangsar, Kuala Lumpur.
Location : Munich, Germany
Norliza Abdullah
Looking For Cheap Trekking and Tour Packages of Nepal ?
Find & Compare Prices on Trekking and Tour Nepal. Get the Trekking and Tour Nepal Deals!

No comments:
Post a Comment