Location : Vienna, Austria
Khairin Noor Yang Razali
Source :Metro Ahad,7 August 2011
Belanda, Jerman, Republic Czech,Austria, Switzerland dan Perancis memiliki tarikan tersendiri yang mampu menggamit pelancong
KUNJUNGAN ke Belanda, Jerman, Republik Czech, Austria, Switzerland dan Perancis sememangnya mengujakan. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman, panorama berbeza menjadi santapan mata di setiapnegara dikunjungi tanpa disedari mengetuk hati penulis untuk lebih menghargai keindahan ciptaan Ilahi. Dua puluh hari mengembara di Eropah menjadi pengalaman manis buat penulis yang masih tidak lekang di ingatan.
Pemergian tanpa dirancang bermula sebaik ibu penulis yang baru bersara, teringin memenuhi impian merentasinegara di benua berkenaan.
Dek kembara berkenaan tidak menggunakan khidmat ejen pelancongan, peta menjadi barangan yang wajib dibeli sebagai panduan arah jalan dan tempat menarik di setiap destinasi yang kami kunjungi.
Kawan ibu saudara yang lebih 30 tahun menetap di Perancis menjadi pemandu kereta yang membawa kami ke enam negara, sekali gus pemandu pelancong tidak rasmi kami. Khidmat lelaki dari Malaysia yang mendapat taraf penduduk tetap Perancis itu diperlukan kerana dia lebih arif dengan negara di Kesatuan Eropah berkenaan.
Di Republik Czech, kami mengunjungi Prague atau disebut Praha oleh penduduk tempatan. Gambaran awal penulis mengenai negara ini ialah ia tidak sekaya negara Eropah lain. Sebaik sampai ke Republik Czech dari Jerman, yang kelihatan di tepi jalan ialah ladang yang kurang cantik dan tersusun.
Negara yang wujud pada 1993 selepas pemecahan Czechoslovakia itu menggunakan mata wang Krone iaitu satu Euro (RM4.30) bersamaan 20 Krone. Prague yang juga ibu negara menjadi pusat ekonomi, kebudayaan dan politik Eropah, terutama Eropah Tengah, sejak 1,100 tahun kewujudannya.
Berdasarkan maklumat pada risalah pelancongan, antara tarikan utama ialah Istana Prague, Charles Bridge, Old Town Square, Jewish Quarter, Lennon Wall dan bukit Petrin. Namun, penulis tidak berkunjung di kawasan berkenaan, cuma bersiar-siar di bandar melihat gelagat manusia.
Penduduknya tidak begitu mesra dan tidak semua boleh bercakap Bahasa Inggeris tetapi apabila ditanya, mereka menjawab dengan sopan.
Sistem pengangkutan awam moden menghubungkan Prague. Ia mempunyai jaringan jalan raya yang baik selain kemudahan tren dan pengangkutan udara.
Bagi penulis, pemandangan bandar terbesar di republik itu biasa saja kerana kebanyakan bangunan nampak sama. Bagaimanapun, walaupun luar bangunan kelihatan seni bina lama, di bahagian dalam bangunan wujud taman dan lanskap menarik. Pemandangan di negara ini juga tidak secantik di Switzerland yang kebanyakan bandarnya mempunyai tasik.
Di Czech, barangan kristal berkualiti tinggi dijual pada harga murah. Apapun, penulis cuma mencuci mata membelek set pinggan mangkuk daripada kristal kerana tidak berhajat membelinya.
Ketika mengunjungi kedai Arab yang menjual makanan basah serta makanan dalam tin, Pak Arab yang ramah membantu kami mencari hotel dengan menghubungi rakannya.
Selain membantu mendapatkan hotel dengan harga berpatutan berserta diskaun, dia turut memberitahu kedai makan Arab. Kami menikmati kebab dan nasi Arab.
Di sini, matahari terbenam lewat iaitu jam 8.30 malam manakala waktu siang lebih panjang dengan subuh bermula jam 5 pagi.
Pejabat dan restoran ditutup jam 5 petang manakala kebanyakan kedai dimiliki orang Asia beroperasi hingga jam 8 malam menjual cenderahati dari negara masing-masing.
Antara barangan cenderahati yang boleh dibawa pulang ialah kemeja-T, topi, poskad dan magnet peti sejuk. Kereta kuda boleh dilihat di mana-mana menjadi tarikan kepada pelancong asing.
Seperkara yang penulis perhatikan, penduduk di sini menghormati pejalan kaki dengan memberi laluan jika mereka ingin melintas.
Kami dimaklumkan, bersiar pada waktu malam tidak digalakkan kerana bimbang menjadi sasaran penyeluk saku. Pelbagai makanan disediakan di negara ini seperti makanan Jepun, Pakistan, India, Thailand dan China.
Penulis bermalam di inap desa di pinggir bandar. Lokasinya tidak jauh dari laluan tram. Untuk menikmati panorama di ibu negara berkenaan, kami mengambil keputusan menaiki tram tetapi tidak turun di sebarang stesen, sebaliknya pulang semula ke lokasi awal.
Ketika bersiar-siar, penulis terjumpa wanita Indonesia yang bekerja di sana. Dia menunjukkan tempat membeli cenderahati murah.
Di kaki lima, penulis sempat bergambar dengan patung tetapi tiba-tiba ia bergerak. Rupa-rupanya ia patung bernyawa yang membuat persembahan jalanan, terpulang kepada pemerhati sama ada ingin memberi sumbangan atau sebaliknya.
Bertamu tiga hari dua malam di Vienna, Austria, penulis dapat menyaksikan sambutan Hari Easter yang diraikan masyarakat beragama Kristian. Banyak gerai menjual coklat manakala telur yang menjadi lambang kesuburan menjadi hiasan.
Kami mengunjungi taman Turki yang dihiasi seni bina indah. Jika kami memakai baju sejuk dan tebal untuk menahan kesejukan, orang di sana pula selamba memakai seluar pendek, mungkin disebabkan sudah biasa.
Kami mengambil keputusan menaiki LRT untuk meneroka pemandangan di Vienna. Sepanjang perjalanan, kami berpeluang melihat taman perumahan menarik serta kereta kuda yang menjadi tarikan di kalangan pelancong.
Uniknya, kerajaan Austria menetapkan warna tertentu untuk tulip yang ditanam pada setiap tahun. Tahun ini, tulip putih dan kuning menjadi tema.
Di Jerman, penulis tinggal di dua tempat berbeza iaitu Erfurt, kira-kira 200 kilometer dari Frankfurt, dan Dresden.
Biarpun Erfurt bandar kecil, ia masih menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang bagus.
Di sana, penduduknya tidak membawa kenderaan tetapi lebih suka menggunakan pengangkutan awam. Antaranegara Kesatuan Eropah yang penulis kunjungi, Jerman paling bersih, malah ia terkenal sebagai negara yang tinggi tahap kesedaran terhadap alam sekitar.
Uniknya, sepanjang tiga hari dua malam di negara pembersih ini, penulis tidak menjumpai walau seekor semut dan nyamuk pun.
Di Perancis, penulis berpeluang mengunjungi ladang mustard, sejenis tanaman atau rempah yang biasanya dibuat sos berwarna kuning. Ladang saujana mata memandang mengingatkan penulis pada sawah padi, tetapi ladang ini dimeriahkan dengan warna kuning bunga mustard.
Ketika mengunjungi sebuah bangunan lama yang indah seni binanya, kami berpeluang melihat pengantin baru yang kebetulan mengadakan majlis perkahwinan di luar bangunan berkenaan.
Berbeza dengan kebanyakan negara Eropah, di Perancis, banyak bangunan moden didirikan manakala jalan rayanya sesak.
Kesimpulannya, melancong tanpa pakej tidak sesukar mana. Untuk tempoh 10 hari perjalanan, kami membeli tiket menerusi on-line berharga RM1,500 yang membolehkan kami pergi ke mana-mana negara Eropah.
Khairin Noor Yang Razali
Looking For Cheap Trekking and Tour Packages of Nepal ?
Find & Compare Prices on Trekking and Tour Nepal. Get the Trekking and Tour Nepal Deals!

No comments:
Post a Comment